Tarikh : 17 Oktober 2008

Waktu : 9 am

Krew Terlibat : Saya sendiri Rusnah, bersama rakan lain Hairena dan Nor Aini serta seorang rakan yang memandu kami ke kajian lapangan.

Perjalanan memakan masa hampir satu jam untuk sampai ke destinasi, kami telah memilih pusat Bandar daerah Kuala Langat iaitu Banting untuk membuat kajian tahap keefisienan bandar. Bandar Banting merupakan satu kawasan pusat kegiatan penduduk di sana, dilengkapi dengan fasiliti pusat membeli belah, gedung – gedung menjual pakaian dan pelbagai jenis kain. Juga terdapat kemudahan pendidikan seperti Kolej swasta iaitu Kolej MCS bersebelahan Pusat membeli belah The Store.

Kami mula mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai yang berada di kawasan bandar Banting. Responden terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu, China dan India. Banyak ragam yang kami temui, ada di antara mereka memberi respon yang baik sewaktu kami menebual mereka secara ringkas mengenai bandar Banting, ada juga yang bersikap melarikan diri, ada yang tidak serius. Namun sebagai pembuat kajian , kami tenang menghadapi pelbagai karenah penduduk di sana.

Kami dengar pendapat, penghargaan dan pujian, dan masih ada keluhan dari mereka.

Dari segi perkhidmatan awam seperti pejabat pos, hospital serta perhentian bas dalam keadaan baik, penduduk dalam keadaan selesa. Keadaan lalu lintas jalan raya yang bagus, tidak berlaku kesesakan jalan raya, keselamatan persekitaran bandar sentiasa dipantau oleh MDKL secara kerap. Keluhan segelintir mengatakan kekurangan pondok telefon awam, keselamatan dari jenayah kurang, dan masalah sosial masih perlu dibanteras.

Secara keseluruhan bandar Banting mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang cukup untuk para penduduk, masih boleh diperkembangkan untuk menjadi sebuah bandar yang lebih maju untuk keselesaan rakyat.

FOKUS TERHADAP TAHAP KEEFISIENAN BANDAR DI DAERAH KUALA LANGAT

PENGENALAN

Keefisienan Bandar merujuk kepada keadaan sesebuah bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk dinikmati oleh semua penduduk sama ada yang kaya atau miskin dan sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar. Sebuah bandar yang efisien mampu memberi perkhidmatan dan taraf kehidupan yang baik kepada masyarakat.

TUJUAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keefisienan sesebuah bandar yang terdapat di kawasan Lembah Klang. Tahap keefisienan bandar diukur berdasarkan pandangan masyarakat di sesebuah kawasan bandar yang dipilih.


LOKASI KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan di daerah Kuala Langat di mana bandar yang dipilih ialah Bandar Banting. Bandar banting merupakan pusat Bandar bagi daerah Kuala Langat.


KAEDAH KAJIAN


Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data bagi pembolehubah – pembolehubah yang ingin dikaji. Borang soal selidik ini terdapat 5 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E.

Dalam bahagian A, soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu faktor demografi dan latar belakang pekerjaan dan pendapatan. Manakala dalam bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan tahap keefisienan Bandar yang terbahagi kepada 13 bahagian iaitu ekonomi Bandar, kemudahan masyarakat, infrastruktur, imej dan lanskap Bandar, pengangkutan, perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar, dan perkhidmatan online.

Dalam bahagian C pula merangkumi ranking tahap keefisienan Bandar dan persepsi responden mengenai tahap keefisienan Bandar raya Kuala Lumpur. Bahagian D mengandungi soalan tentang pengalaman responden berhadapan dengan ketidak-efisienan Bandar sepanjang 5 tahun lepas. Bahagian terakhir iaitu bahagian E pula terdiri daripada pandangan responden tentang keefisienan ketidak-efisianan Bandar serta ulasan keseluruhan tentang Bandar mereka.

RESPONDEN KAJIAN


Responden dalam kajian ini adalah seramai 45 orang yang dipilih secara rawak di kawasan Bandar Banting iaitu terdiri daripada 21 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Responden dalam kajian ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu 24 orang Melayu, 13 orang Cina dan 8 orang India.

KEPUTUSAN KAJIAN

Setelah dianalisis, didapat bahawa tahap keefiesenan Bandar di kawasan kuala Langat secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu sebanyak 11.1%. Daripada soalselidik yang diedarkan kepada penduduk kawasan Bandar banting, didapati bahawa kedudukan ekonomi di bandar tersebut berada dalam keadaan efisen dan memuaskan iaitu sebanyak 65.8%. Manakala dari segi kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial juga berada di tahap yang efisen iaitu sebanyak 65.6%.

Kemudahan infrakstruktur di Bandar banting juga berada di tahap yang efisen iaitu sebanyak 63.8%. Bagi kemudahan imej dan lanskap Bandar pula, hanya 48.1% responden mengatakan bahawa ianya berada di tahap efisien. Terdapat dua item daripada imej dan landskap bandar didapati kurang efisen iaitu arca dan ikon bandaraya serta ruang pejalan kaki.

Selain itu juga, kemudahan pengangkutan secara keseluruhannya didapati berada di tahap kurang efisen. Hal ini disebabkan di kawasan Bandar banting masih kekurangan sistem pengangkutan awam seperti komuter, LRT dan monorel. Manakal, dalam sektor kemudahan perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar dan perkhidmatan secara online pula berada di tahap efisien secara keseluruhannya.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah Bandar Banting berada dalam keadaan yang efisien. walaupun mempunyai kekurangannya tetapi tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada aktiviti penduduk di situ. Namun pihak berkuasa perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk kemudahan penduduk. Ianya kerana, kawasan Kuala Langat memerlukan kemajuan seperti bandar-bandar lain yang berada di kawasan Lembah Klang yang kian giat untuk mengejar arus pemodenan.


OBJEKTIF

Merumus,Merancang dan Melaksanakan Dasar-Dasar Pembangunan,Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara(DPN).

MISI

Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang efisien terbaik dan berakauntabiliti dengan berlandaskan Tonggak 10 dan Wawasan 2020.

VISI

Menjadikan perbandaran terus maju dengan berorientasikan teknologi terkini dan pengekalan alam semulajadi dengan pusat pelancongan yang unggul.

Latar Belakang

Daerah Kuala Langat terletak di sebelah barat daya Negeri Selangor dan bersempadan di bahagian selatan dengan Daerah Klang dan di bahagian barat dengan Daerah Sepang. Sebahagian daripada Daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka.

Penubuhan Daerah

Asal usul Kuala Langat dikaitkan dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Langat. Menurut sumber lisan, ada pendapat mengatakan bahawa Langat itu berasal dari perkataan Minangkabau yang membawa maksud “air hangat”. Dikatakan bahawa pedagang-pedagang pada masa lalu menggunakan Sungai Langat sebagai jalan perdagangan dan perhubungan. Mereka mendapati air di bahagian kuala sungai tersebut sentiasa hangat. Lama kelamaan kawasan persekitarannya disebut sebagai Kuala Langat.

Tapak asal bandar ini terletak di Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. “Langat” dipercayai dibuka oleh orang-orang Bugis yang datang dari Johor pada abad ke-18 untuk menjalankan perdagangan dengan Melaka. Jugra dikatakan sangat terkenal pada zaman Keagungan Kesultanan Melaka. Dari segi Sejarah, Daerah Kuala Langat mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Negeri Selangor. Pada pertengahan abad ke-18, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah terletak di Kuala Selangor. Perpindahan dari Kuala Selangor ke Jugra berlaku pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4 yang memerintah pada tahun 1857-1898.

Sejak itu, Bandar Temasya (Jugra) telah dikenali sebagai Bandar Diraja dan memainkan peranan penting dari segi politik, sosial dan pembangunan ekonomi di Selangor. Keadaan ini banyak dibantu oleh kerana kedudukan daerah ini yang berhampiran dengan pantai dan muara sungai, yang mana amat sesuai dengan sistem pemerintahan yang berasaskan pengangkutan sungai dan laut. Dengan kedudukan kawasan yang terletak di muara Sungai Langat serta berhampiran dengan Pulau Carey, kawasan ini dianggap selamat dan dimudiki hingga ke kawasan hulu bagi tujuan perniagaan, perdagangan dan petempatan. Ini telah menarik perhatian penduduk-penduduk kawasan berhampiran seperti pedagang pedagang dari Sumatera dan Bugis.

Lokasi

Daerah Kuala Langat dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran iatu di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat seluas 62.924 kilometer persegi dan selebihnya adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.

Bandar atau pekan Banting merupakan pusat pentadbiran, perdagangan dan perindustrian bagi Kuala Langat. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hanya mengambil masa 30 minit masa perjalanan dan dari Klang mengambil masa kira-kira 45 minit. Bandar ini mempunyai keluasan 1,7773 hektar dengan jumlah penduduk sekitar 30,000 orang.Terdapat 4 (Empat) pintu masuk ke dalam Daerah Kuala Langat iaitu:

  • Dari Klang melalui Jalan Klang Banting.
  • Dari Sepang melalui Jalan Tanjung SepatB(Jalan Pantai)
  • Dari KLIA melalui Jalan Bukit Changgang/Labohan Dagang.
  • Dari Putrajaya melalui Jalan Dengkil.

Terdapat tujuh (7) mukim dalam Daerah Kuala Langat, iaitu:

  • Mukim Teluk Panglima Garang.
  • Mukim Tanjung Dua Belas 1.
  • Mukim Tanjung Dua Belas 2.
  • Mukim Morib.
  • Mukim Kelanang.
  • Mukim Bandar & Jugra
  • Mukim Batu



 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews